LOGO & LAGU SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH

.: Bentuk Bulat
~ Melambangkan bentuk dunia, bermaksud SK Kampung Baru Kerteh memberikan pendidikan yang bertaraf dunia, dilengkapi dengan guru-guru yang berfikiran global serta berkemahiran kelas pertama.
Orang yang berilmu dapat menawan dunia.
Merujuk kepada pepatah Melayu, “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat” yang membawa maksud sikap bermuafakat menjadi amalan warga SK Kampung Baru Kerteh dalam menjalankan tanggungjawab dan amalan.
.: Warna
Biru ~ Menggambarkan perpaduan, kerjasama, setiakawan, harmoni dan berilmu pengetahuan.
Merah ~ Menggambarkan kecekalan, ketabahan, berani, berusaha, kreatif dan berinovasi serta tidak takut gagal dalam mencuba.
Kuning ~ Kesetiaan, kepatuhan kepada peraturan dan undang- undang oleh warga sekolah.

.: Rasional Lambang
:>>Tangan
~ Keadaan satu tangan yang besar dan satu tangan yang kecil menggambarkan penitisan ilmu, yakni guru membimbing murid- murid dengan penuh kasih sayang, saling membantu dan sentiasa membantu. Ia juga melambangkan persaudaraan dan persahabatan.
:>>Menara Komunikasi
~ Melambangkan pendidikan mengikut zaman, bertaraf dunia dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dan pantas berkembang. Penggunaan komputer dan internet menggambarkan sikap dan pemikiran kelas pertama.
:>>Ijazah
~ Melambangkan hala tuju dan matlamat guru dan murid adalah ke arah kejayaan pendidikan dan akademik.
:>>Padi
~ Segemai padi melambangkan ikatan yang kukuh, menjadikan warga SK Kg Baru Kerteh kuat dan tidak dapat dikalahkan. Resmi padi semakin tunduk semakin berisi menjadi pegangan warga sekolah. Semakin berilmu semakin berbudi, tidak sombong dan meninggi diri. Nama kelas juga diambil daripada perkataan PADI iaituPrihatin,Amanah,Dedikasi dan Ikhlas.

BENDERA SEKOLAH

.: Rasional
~ Potongan serong yang menghasilkan dua bentuk segitiga yang berwarna biru di atas dan merah di bawah menggambarkan dasar atau dokongan yang kukuh untuk menyokong teras atau murid iaitu jalur menyerong di tengah yang berwarna kuning.
Tulisan "BERADAB DAN BIJAKSANA" pula menggambarkan seluruh warga guru dan murid mempunyai peranan masing - masing iaitu :-
:>>Murid
~ Peranan murid ke sekolah adalah untuk menimba ilmu agar menjadi insan yang berketrampilan dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
:>>Guru
~ Peranan guru ke sekolah adalah untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara serta bertindak sebagai ejen perubahan ke arah kegemilangan negara.
LAGU SEKOLAH
Beradab dan bijaksana
Amalan warga sekolah kita
Murid-murid berhemah tinggi
Guru-guru mulia peribadi
Menjadi bangsa terbilang
Cemerlang dan juga gemilang
Belajar dengan penuh ceria
SK Kampung Baru Kerteh berjaya
To behave and be smart in everyway
It’s the way of our lives everyday
Bigger school and the pupils so helpful
With the dedicated teachers of the school
To be excellent in our mission
We have strived on the way of our nation
Learn together with joy and have fun
SK Kampung Baru Kerteh number one

Lagu : Paradiba Jamaluddin ®
Lirik : Paradiba / Nolidah ®

No comments:

Post a Comment